5.26.2010

Bradley James

Bradley James
LIRIK LAGU KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN – SHAHIR AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata

Kerana lantang terbaca dari muka

Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang



Tak perlulah kita mencuba lagi

Betulkan kesilapan perhubungan ini

Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan

Manakah agaknya cinta kasih?



Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar disinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan


 
Tiap titis airmata kau tangiskan

Ku dah cukup menampung selautan

Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam

Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar disinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan


MISTERI KELLIE CASTLE

Kali ini cuti Sabtu membawa kami ke destinasi Batu Gajah, Perak. Terlalu cepat masa berlalu, dari Gua Tempurung, kami menyusul ke Gopeng, akhirnya tibalah destinasi yang dituju, KELLIE CASTLE! 
Hujan lebat sejak dari Gopeng, seolah-olah tidak membenarkan kami menyelongkar misteri yang sering diperkatakan di dada akhbar, yang sering bermain diminda pendengar dan pembaca yang belum mengunjungi istana ini. Jelas terpancar sinar ingin tahu dengan penantian penuh bererti itu telah menambahkan semangat pengunjung setia yang  masih terkandas. Cuaca masih samar-samar samada mengizinkan kami dan pengunjung lain memulakan tujuan kami. Tetapi semangat ingin tahu itu tidak menghalang dan membakar naluriku ingin tahu sejauh manakah MISTERI diwawarkan itu? Terlalu banyak cerita-cerita misteri dari blog2 pernah kubaca....inspirasi mereka telah membawa kami ke sini akhirnya! Dari jauh istana ini nampak menyeramkan."Cantiknya....Fuh...Green! Cool! Peace!..mataku terpukau melihat keindahan kehijauan Ladang Getah Kinta Kellas ini. Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker. Ladang ini berada ditengah rumput hijau dipimpin alunan air sungai yang bergerak perlahan seolah-olah memberitahu ketenangan, kesayupan dilihat pengunjung tidak seindah yang dilihat. Realitinya sebuah istana usang, kemahiran senibina yang diaplikasikan adunan batu marmar dari Italy, adalah kejayaan arkitek dari Scotland ini membuahkan impian Kellie Smith, tetapi sayangnya ia berakhir dengan sebuah kematian yang sepi! Apakah pengunjung masih ingin berkongsi kisah duka damba cinta seperti LailaMajnun, Shah Jahan dan Mumtaz, Romeo dan Juliet? Kellie's Castle, sebuah istana lama dibangunkan sebagai lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes. Istana zaman kolonial dibina antara 1909-1926, seorang hartawan Scotland, Wiliam Kellie Smith dilahirkan di sebuah kampung bernama Kellas, Dallas, Scotland pada 1/3/1870, di bahagian timur laut telah berhijrah ke Malaya 1890, ketika berumur 20 tahun untuk mencuba nasib. Semasa beliau di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Perkenalan itu menjadikan Kellie Smith  sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company di Batu Gajah. Kellie adalah nama kepada ibunya. Pada 1905, Smith mendirikan kediamannya pertama, Kellas House. Pada 1909 batu asas istana kedua didirikan sebagai simbol keagungannya. Istana ini terletak di Kilometer 5.5 Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah ini telah menghutangkan nyawa khidmat 70 orang pekerja yang kebanyakkannya dari Madras, India. Batu batu dan marmar yang digunakan adalah diimport dari Italy. Tetapi semasa pembinaanya satu tragedi menimpa dan mengorbankan ramai pekerja Smith. Mengikut kepercayaan kaum India, kuil harus dibina bagi mententeramkan tuhan mereka. Bangunan itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukang Madras yang membangunkan istana itu mempunyai 24 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia, dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu paling unik di seluruh Timur Jauh, senibina segi bentuk dan keluasan istana yang besar. Apabila Perang Dunia 1, tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, hinggalah ke Tanah Melayu. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu, di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung dengan pakaian pengurus ladang berbangsa Eropah bertopi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.Kami tiba di tangga batu usang yang dibina pada tahun 1915. Istana ini dikatakan berhantu kerana ramai yang pernah ternampak hantu orang putih di dalamnya. "Tak nak naik! Mama! Ariq, takut!" jerit anak kecilku. Alamak!mana Papa ni!. "Paaaaaa, adik tak nak naik!" jeritku memecahkan keheningan ditangga usang. Papa yang berada 20 langkah dari kami, kembali ke bawah, mendukung si kecil ini..."Mana ada ape-ape leeee, tak yah takut!" Sambil itu sempatlah posing sikit artis-artis kecil ini. Aku masih terfikir akan cerita yang sudah ku baca dari blog-blog peminat misteri istana ini. Ah! apa yang pasti, istana Kellie Smith ini, kesuramannya bila dihayati dan ditenungi, perasaan aneh akan menyelubungi. Masih ada lagi tiang asal istana bewarna biru bersemadi. "Eh, ada telaga, lah!" suara Nurin memecah lamunanku seketika. Aku bergegas dan menghampiri telaga usang itu. Sudah berkarat tetapi itulah telaga menuju ke terowong bawah tanah, mempunyai bilik2 tetapi telah ditutup - dilarang masuk. Adapun sel menyimpan wain atau arak. Habis kesemua bilik2, tangga kecil kami bongkar, lawati, tempat sembahyang pun, klick! klick.... Tingkat 2, mata kami tertumpu pada kertas A4size berlaminate. Koridor panjang itu adalah laluan roh Sir William Kellie Smith berkeliaran. Hish! seram gak... oleh kerana hari masih siang, tak le takut! Di salah sebuah bilik, aku terjumpa lagi kertas A4size berlaminate. (gambar dalam post Kellie Castle sebelum ini) Dikatakan roh anaknya berkeliaran. Entah benar atau tidak.........???
tak pula ku ketahui. Tiada perasaan takut atau seram cuma keletihan. Dah tawaf semua tempat malangnya tingkat bawah tanah tidak dibenarkan masuk. Mungkin dikhuatiri ada haiwan berbisa atau retakan tanah merah dan semak rumput yang menggila!. Adapun terowong yang mempunyai bilik bawah tanah itu menghubungkan antara ladang Kellie ke seberang sungai. Didapati ada sebuah jambatan besi usang yang masih tersergam di belakang pokok tua berusia 105 tahun itu dan bilik pengawal serta tempat kuda. 30 tapak langkah belakang istana ini, rumah quarters dua deret adalah sebuah Kem Latihan telah ditutup, suatu masa dahulu dijadikan tempat latihan jatidiri oleh badan tertentu. Tidak diketahui kenapa ia ditutup. Adakah mereka yang pernah hadir mengikuti kem bina diri di situ dan bermalam di situ telah dikacau... atau mereka telah nampak sesuatu yang agak menyeramkan...hanya mereka sahaja yang boleh menjawab persoalan kepada misteri ini....Pembinaan yang bermula pada tahun 1915 ke atas istana besar inimempunyai seni bina lain dari yang lain. Pembinaan tidak dapat diteruskan kerana kematian mengejut. William meninggal di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926, semasa berusia 56 tahun, Smith diserang penyakit Pneumonia. Kerja-kerja terhenti pada Disember 1926 setelah kematian Smith. Isteri beliau menjual segala hartanya di Malaya dan pulang ke England. Istana yang mempunyai 6 tingkat ini sempurna dengan sel menyimpan arak, tiang tiang kukuh dan arca moorish dan dinding yang bercirikan Greco Roman, ruang legar di tingkat atas untuk berparti dan juga shaft lift yang pertama di Malaya. Ada yang mengatakan dia ke sana ingin melihat lif yang ditempah sudah siap. Lif ini adalah yang pertama akan digunakan pada masa itu. Tetapi sekarang lif itu menjadi kediaman lalang hijau  berkongsi dan haiwan-haiwan tak diundang!

Bayaran masuk (Cuti Umum)                                                  
* Foreign Tourist : RM 5.00                                       
* Pelancong Tempatan : RM 4.00                              
* Local Tourist : RM 4.00                                         
* Pelajar sekolah (Rendah dan Menengah) : RM3.00  
* Local Tourist : RM 4.00
* O.K.U / bawah 6 tahun : Percuma                           
                                                                                                                                                                 
Harga Biasa
* Foreign Tourist : RM 5.00
* Foreign Tourist : RM 5.00
* Pelancong Tempatan : RM 4.00
* Pelajar sekolah (Rendah dan Menengah) : RM 3.00 
* Pelajar IPT (Perlu tunjuk kad IPT) : RM 3.00
* O.K.U / bawah 6 tahun : Percuma