"Hati-Hati! Jangan berdiri di hujung... nanti jatuh! Tengah!Ketengah.! laungan pengawal.
Gambar di atas diambil dari tingkat 2 & tingkat 3. Kelihatan pengunjung di tingkat teratas sekali... gamam rasanya! Terdapat air sungai, menghubung terowong bawah tanah ke seberang sungai. Disinilah dikatakan barang-barang dibeli dan diimport oleh mendiang Kellie Smith dari British dengan kapal dagang berlabuh, menurunkan barang-barang berat dari negara barat ke tanah malaya, seperti batu-bata merah, batu marmar dari Italy, beberapa kelengkapan moden yang tiada di tanah melayu suatu ketika dahulu. Dari sudut dekat kelihatan batu bata merah masih kukuh, setiap tingkap bilik tingkat 1 mempunyai tingkap kecil yang boleh dilihat dari tingkat 2. Ariq dan Nurin di dalam sebuah bilik anak perempuan Kellie Smith, berusia 6 tahun, dikatakan sering berkeliaran di bilik itu. Kelihatan lantai kayu dan batu yang masih kukuh tersergam seolah2 menyimpul sebuah rahsia yang tidak boleh diungkapkan! Aduh! macam Ghost Adventures lak! Gambar ini diambil dari hujung tingkat 2, walaupun pokok2 hijau cuba menceriakan persekitaran kediaman Kellie Smith ini, namun masih terasa kesuraman dan kedukaan tersurat! Di salah sebuah bilik dijadikan klinik. Taman hijau yang luas, pokok2 tua yang sudah mencapai usia 105 tahun! Adakah ini dikatakan misteri! Kellie's Castle yang diperbuat daripada batu bata merah dan marmar diimport dari India, setinggi enam tingkat ini mempunyai 24 bilik, sebuah terowong bawah tanah yang menghubungkan istana itu dengan kawasan estet berhampiran. Kini dan mungkin selamanya istana ini tetap dianggap misteri walaupun realitinya bagi kami tiada apa yang menakutkan. Hanya sebuah istana usang dan cerita-cerita misteri serta mistik beberapa penduduk yang kami termui. Ada beberapa pemancing setia di sungai berhadapan istana ini sering terlihat kelibat orang berjalan dan memerhati ke arah mereka dari atas... Adakah ini benar?... kita tidak ketahui jawapannya..! Setelah 67 tahun berlalu, masih segar khabar-khabar angin tentang peristiwa misteri istana ini secara tidak langsung menguatkan lagi lagenda impian sebuah cinta seorang ADAM yang terlalu mengharapkan dan keinginan ini akhirnya tidak kesampaian. Lagenda ini memberi satu daya tarikan kepada istana ini untuk terus kukuh dan menjadikan Batu Gajah terkenal dengan misteri satu destinasi pengunjung dari seluruh ceruk dunia berhijrah sebentar membongkar apakah misteri yang tersirat! Adakah kegagalan menyempurnakan impian Smith menjadikan rohnya tidak tenteram sehingga ke hari ini? Atau kerana kematian Smith pada 1926 yang dikatakan akibat serangan radang paru2 itu adalah tidak benar! Siapakah yang telah terjatuh dari tingkat 6 itu? Siapakah anak kecil yang sering berkeliaran keluar masuk bilik dari tingkat 2? Apakah yang hendak disampaikan? Ia terus menjadi misteri... seakan2 misteri yang tidak mahu dibongkar!........Lebih unik hanya terdapat satu pokok yang nama saintifiknya Albizia di kawasan pelancongan itu dan ia berasal dari Brazil. "Kami dapat melihat rupa seekor haiwan menyerupai beruang seakan-akan memeluk batang pokok batai atau dagang yang besar itu."Pokok terbabit terletak kira-kira 50 kilometer dari Kellie's Castle dan dikatakan berusia lebih 40 tahun."Pihak pengurusan Kellie's Castle akan membuat satu papan tanda khas mengenai pokok itu supaya ia menjadi tumpuan pengunjung terutama pengunjung Kellie's Castle," katanya.

No comments:
Post a Comment