12.30.2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011.....

Hi… jumpa lagi… kali ini aku nak ucap dulu SELAMAT TAHUN BARU 2011.. SEMOGA IMPIAN ANDA UNTUK BERTAMBAH CANTIK AKAN TERCAPAI! AMALKAN DIET YANG SIHAT… kerana apa… kerana aku pun masih mampu untuk melakukannya… ngapa korang kusarankan… sebab setiap kali iklan kat tv tak de lain asyik sal pemakanan yang sihat, diet yang sihat dan amalan yang sihat… urghhh!

HAPPY NEW YEAR, 2011….. JADIKAN TAHUN 2010 SEBAGAI LONTARAN UNTUK ANDA BERJAYA…!


DAH… sekarang ni aku nak soal korang jap…. Mmm pasal ape sal pemakanan le… hishh… kan berkongsi lebih baik dari berdiam diri… ni maklumat yang kau servey2 kat internet…. Kongsi pe salahnya, kan!!!!

Tahukah korang ada lebih 40 zat makanan yang dikumpul dalam enam jenis zat makanan utama iaitu karbohidrat, lemak, protein, garam galian, air dan vitamin.

Makanan yang korang ambil setiap hari hendaklah seimbang & ia membekalkan nutrien yang diperlukan mengikut keperluan individu. Nutrien yang diperlukan terdiri daripada kumpulan makanan yang berikut:

Makanan sebagai Pembina tubuh iaitu protein

Makanan pembekal tenaga dan haba iaitu karbohidrat, lemak dan protein

Makanan adalah pencegah penyakit iaitu vitamin dan garam mineral

Tahukah korang kalau kita makan banyak2 ape jadik? Ha dah tentu comel dan montel… cam aku dulu2 aku tak tahu le aku ni naik badan cam badak sumbu ni…. yeleh kalau korang tengok dah tentu korang kata alahai okeh le badan kak ni! yele… korang tak tahu nak dapat badan maintain tak nak gemuk, seksa tau!.... Tambah2 orang pompuan…. Kawin je berubah la… untung2 yang memang dah baka tak leh ubah nasib meke baguslah… cam kawan2 aku tu… ada le badan maintain… tak le ramai ada le 6 orang yang ku kenali…. Badan masih cool lagi… walaupun dah ada anak 3 4 orang… baguskan…. Cam orang pompuan ni, nak jaga makan, nak jaga muka, nak jaga sora, nak jaga laki… hish! Banyak betul nak jaga! Ha kalau tak berseri kang tak leh, tak best leh… cheh…

Aku pun dulu2 kalau aku tahuleh nak jadik cam mak kiah mak cik temah ni… tak le aku ni melantak sakan cam yang disarankan oleh org tua2 aku dulu…. “ha makan long, makan…. Nanti kang anak ko tak makan dalam perut tu!” Ahak… aku nip e lagi cam mengantuk disorong bantal lah…. Bo makan je…. sampai leh berat aku time ngandung dulu dah cecah 65…. Korang bayangkan… tapi satu je ajaib dan kuasa Allah… alhamdullillah… aku tak de diabetes atau kencing manis dan masam atau darah tinggi… atau stress….. ahahhaa nak lahir pun senang sebab aku terlebih tenaga ultraman… ahahakz….. ha bila nak kurus sekarang merangkak… sampai laki aku pernah gelar aku ni, ikan dugong, katak gempol le… dinasour le… raksasa le…punggung labor le… ahakz lantak le… sekarang ni dah kurang gelaran tu semua… maklum lah ada amik produk kesihatan dulu… produk terkenal le….

Ni aku kongsi lagi ngan apa yang aku pernah baca….Tahukah Korang? Mmm tahu tak, ada beberapa pakar menyoalkan Apa akan berlaku jika tabiat makan kita makan tak ingat2… berlarutan selama setahun? Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?

Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori

Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori

Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori

Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori

Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori

Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000)….. Mmmm! kalau korang nak tahu, pakar kalori mengatakan, Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam. Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

1) Menonton TV = 40 kalori

2 ) Berjalan pantas = 300 kalori

3 ) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori

4 ) Mengemas rumah = 240 kalori

5 ) Berkebun = 320 kalori

6 ) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori

7 ) Berbasikal statik = 380 kalori

8 ) Erobik = 405 kalori

9 ) Ping Pong = 280 kalori

Sumber : http://veteranhealthclub.blogspot.com

Ahhh… no wonder le… orang yang kerja as contractor tu… atau buruh2 kat construction, badan2 meke lawa2 gila… semua ada muscles dan six pax… gus! Betul…. Cam tak caya nyek…

No comments: